Tuesday, January 01, 2013

Ubah.

Setiap saat itu perubahan yang nyata. Bukan ditunggu dua ribu dua belas jadi dua ribu tiga belas baru kita mahu berubah.

Cuma, apa aku harap untuk yang baru ini;

aku lebih cekal dengan setiap saat ganggu duga aku terima pada masa yang mendatang.

Monday, December 24, 2012

Berhenti.

Alasan untuk aku berhenti menulis di blog adalah manusia manusia di luar sana cepat butthurt dengan apa aku tulis.

Lepas tu akan ada sesi royanan sebagai tindak balas bawah sedar mereka.

Aku redha kalau apa yang aku tulis tu salah.
Tapi kalau aku dah tulis benda betul, nak meroyan lagi, kau minta penampar free ke apa?

Kemon-lah!

Dah besar panjang.
Jangan nak nilai kata-kata seseorang itu daripada tahap keimanan dia sahaja.
Ada sahaja yang sesat ini berkata lebih benar daripada mereka yang mengaku mengimani Tuhan Yang Esa.

Faham ayat aku kat atas ni? Tak faham, sila belajar untuk menafsir ayat dengan lebih tepat dan guna akal bukan guna nafsu.

Aku tahu banyak yang guna nafsu walaupun mereka kata mereka guna akal atau pun apa jua sahaja entiti untuk nampak lebih baik.

Bukan aku nak kata aku ni bagus atau apa. Tapi bila aku kata tu ada betulnya, terima sahaja lah. Bukan ada dosa yang terpalit dalam buku-buku dosa kalian pun.

Dan bukannya aku tak pernah ambil tahu, ambil endah apa yang kalian nasihatkan pada aku.
Cuma aku praktikkan dengan cara aku. Bukan dengan cara kalian.
Tapi masih menerima apa yang kalian cakap.

Monday, July 30, 2012

Jadi.

Bila mana Tuhan berkata, " Jadilah." Maka jadilah ia.

Tuesday, July 24, 2012

Janji.

Kita pernah berjanji pada Tuhan untuk menjadi hamba-Nya yang taat.

Kita juga pernah berjanji, yang kita mahu jadi anak yang soleh/solehah walau pada hakikatnya mereka-lah yang selalu kita ingkari selepas Tuhan dan Rasul-Nya.

Kita juga pernah berjanji dalam lubuk hati kita yang kita mahu jadi yang berguna suatu ketika bila kita sudah besar walau pada hakikatnya kita lebih teruja menjadi penyangak.

Tapi ingat-lah, aku pernah berjanji untuk terus setia mencinta walau tiada dibalas kerna aku tahu cinta itu lebih ikhlas kalau hanya sebelah pihak sahaja yang terus mencinta;
tak pernah nanti akan wujud rasa bosan;
tak pernah nanti akan wujud rasa jelek;
tak pernah nanti akan wujud rasa benci;
meski aku sahaja yang merana.

Biar aku terus memegang pada janji itu.

Wednesday, May 02, 2012

Mesin Masa.

Mesin masa bukan lagi menjadi hajat di hati sekarang.

Kalau dapat dikembalikan pada zaman dahulu sekali pun, setiap isi saat itu bukan boleh diubah.
Setiap isi saat itu juga tidak boleh dijangka.

Takdir memang telah tentukan segalanya.
Mahu atau tidak, redha dengan apa yg Dia beri.
Bukan mudah untuk menjadi kuat, bila hati sudah remuk rendam dalam kelemahan.

Tapi demi orang sekeliling yang disayangi, dikuatkan juga fizikal dan akal demi memelihara hati yang sudah lemah.

Gi mana caranya mahu cari kekuatan itu, biar Dia yang simpan rahsia hati.
Tak molek sembang berdegar-degar kalau niat mahu riak depan Dia.

Biarkan saja cicipan air kopi semalam menjadi peneman setiap dentingan saat yang hadir dan bakal ditemui hari ini.
Moga dia tahu, aku perlukan dia.

Thursday, April 05, 2012

Batas.

Bila mana perasaan manusia dilayan seperti tiada batasnya kau berbuat kejam, jangan ingat Tuhan itu zalim. Dia tahu, bila masanya untuk kau terima balasan. Kau hanya perlu tunggu dan menunggu.

Mungkin nanti, atau kau sudah pun terimanya.

Aku ucap selamat untuk kau tempuhi saat kau hidup dalam jiwa yang mati.